
Bahan-bahan
1. Spaghetti (1 paket)
2. Sos Prego Bolognese (sebarang perisa)
3. Bawang Holland (dipotong dadu)
4. Bawang putih (dipotong dadu)
5. Cili giling (jika mahu pedas)
6. Hot dog (6 batang, dipotong sederhana nipis)
7. Cendawan butang (dibelah dua)
8. Daging kisar (Ramlee)
9. Cheesedel (6 slice, boleh kurangkan jika nak)
10. Gula/ garam
11. Tomato ( 2 biji, dipotong dadu)
12. Serbuk cheese
Cara-cara
1. Tumiskan bawang dan cili giling sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan daging kisar. Goreng sehingga masak.
3. Masukkan sos prego. Tumiskan dan gaul.
4. Masukkan hot dog yang siap dipotong.
5. Kemudian masukkan cheesedel. Kacau rata.
6. Masukkan cendawan dan tomato. Gaul rata.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
8. Siap di hidangkan, taburkan serbuk cheese.